default_mobilelogo

logologo

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967. Penubuhan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee-I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan 

Jabatan yang ditubuhkan atas dasar 'concurrent list', yang mana Pengarahnya bertanggungjawab kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. 

Selain daripada itu, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah. 

Pada awal penubuhannya, jabatan ini sebahagian daripada jabatan yang bergabung dengan Jabatan Buruh. Pada ketika itu segala perkara yang ada hubungkait dengan perkhidmatan adalah menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya Buruh dan Kebajikan Masyarakat Borneo Utara [The North Borneo Labour and Welfare Commissioner]

Dahulunya jabatan ini hanya mempunyai 3 buah Pejabat Kebajikan Daerah, 3 buah Rumah Wargatua dan Ibu Pejabat. Ibupejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah yang pertama semenjak pengasingannya pada tahun 1967 terletak di Bangunan Norsmal Court, Kota Kinabalu. Pada tahun 1983, ibupejabat Jabatan PerkhidmatanKebajikan Am Sabah ditempatkan di Wisma Kebajikan, Sembulan, Kota Kinabalu sehingga bulan Julai 2011. Setelah itu, ibupejabat telah berpindah ke Wisma MUIS, Kota Kinabalu sehingga hari ini.

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2