default_mobilelogo

logologo

BANTUAN KEBAJIKAN

Senarai Bantuan Kebajikan di bawah jabatan ini adalah seperti berikut :-

Skim Bantuan Am

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Negeri Sabah
  2. Orang tua ( berumur 60 tahun ke atas bagi lelaki & 55 tahun ke atas bagi perempuan) yang tiada pendapatan, tidak dapat berusaha dan anak-anak tidak dapat membantu
  3. Balu/Janda tidak mempunyai pendapatan atau nafkah dan bertanggungan
  4. OKU tidak ada pendapatan dan mampu berusaha
  5. Pesakit yang tidak ada pendapatan dan disahkan tidak dapat bekerja
  6. Tanggungan Banduan tidak ada pendapatan dan bertanggungan

Kadar:

Minimum RM150.00 sebulan
Maksimum RM300.00 sebulan

Skim Bantuan Anak Yatim & Miskin

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Negeri Sabah
  2. Seorang anak yatim piatu atau penjaga kepada anak yatim piatu
  3. Seorang anak atau kanak-kanak dari keluarga miskin
  4. Seorang anak atau kanak-kanak yang memerlukan

Kadar:

Minimum RM200.00 sebulan 
Maksimum RM 450.00 sebulan

Bantuan Orang Tua

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Negeri Sabah
  2. Orang tua ( berumur 60 tahun ke atas bagi lelaki & 55 tahun ke atas bagi perempuan) yang tiada pendapatan, tidak dapat berusaha dan anak-anak tidak dapat membantu
  3. Balu/Janda tidak mempunyai pendapatan atau nafkah dan bertanggungan
  4. OKU tidak ada pendapatan dan mampu berusaha
  5. Pesakit yang tidak ada pendapatan dan disahkan tidak dapat bekerja
  6. Tanggungan Banduan tidak ada pendapatan dan bertanggungan

 Kadar

Minimum RM150.00 sebulan
Maksimum RM300.00 sebulan

Bantuan Kanak-kanak

Syarat kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah, bersekolah/tidak bersekolah
  3. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit  atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.

Kadar :

Minimum RM100.00 sebulan
Maksimum RM450.00 sebulan

Skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar

Your text...

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU/Pesakit Kronik terlantar;
  3. Memberi jagaan sepenuh masa;
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

Kadar:

RM300.00 sebulan 

Elaun Pekerja Cacat

Pengenalan

Elaun Pekerja Cacat telah diperluaskan ke Negeri Sabah bertujuan untuk menambah keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) supaya sama-sama menikmati skim yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Tujuan

  • Sebagai elaun perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan usaha untuk terus bekerja
  • Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU yang bekerja dengan majikan
  • Membantu meningkatkan taraf hidup

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  3. OKU yang bekerja
  4. Berpendapatan tidak lebih dari RM1,200.00 sebulan

Dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Salinan Surat Nikah / Kahwin jika sudah berkahwin
  3. Salinan Kad Kenal Diri OKU yang telah disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian (PPB) atau Pegawai Kebajikan Daerah (PKD)
  4. Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank
  5. Surat pengesahan daripada majikan
  6. Salinan slip gaji

Tempoh kelulusan:

Tempoh kelulusan EPC hanyalah 12 bulan dan setiap pemohon perlu membuat semula permohonan 3 bulan sebelum tamat tempoh.

Bantuan OKU Tidak Bekerja

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
  • OKU berdaftar dengan Jabatan ini
  • Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
  • Berumur antara 18 – 59 tahun
  • Bukan penerima skim Bantuan Bulanan jabatan ini
  • Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan jabatan ini dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
  • Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

Kadar

RM150 sebulan seorang

Bantuan Anak Pelihara

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  3. Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa;
  4. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti;
  5. Kanak-kanak yang diambil sebagai Anak Pelihara.

Kadar:

Minimum = RM250.00 sebulan

Maksimun = RM500.00 sebulan 

Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

Syarat Kelayakan:

Mangsa atau waris mangsa serangan binatang buas yang telah dikategorikan  oleh Jabatan Pe rlindungan Hidupan  Liar dan Taman Negara seperti berikut:-

  • Gajah
  • Seladang
  • Babi Hutan
  • Beruang
  • Harimau
  • Ular Sawa
  • Ular-ular Berbisa
  • Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
  • Buaya

Kadar

  • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan

Bantuan Segera

Pengenalan

Bantuan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan bantuan secara segera / serta merta khususnya untuk tujuan pembelian makanan.Bantuan segera yang diuruskan melalui Unit Khidmat Penyayang semasa lawatan ke rumah.

Syarat Kelayakan:

  1. Individu / keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
  2. Kes memerlukan bantuan serta-merta / segera

Kadar bantuan :

Maksima : RM300 (diberikan sekali sahaja untuk setiap individu/keluarga)

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2