default_mobilelogo

logologo

BANTUAN OKU TIDAK BEKERJA

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
  • OKU berdaftar dengan Jabatan ini
  • Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
  • Berumur antara 18 – 59 tahun
  • Bukan penerima skim Bantuan Bulanan jabatan ini
  • Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan jabatan ini dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
  • Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

Kadar

RM150 sebulan seorang

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2