default_mobilelogo

logologo

ELAUN PEKERJA CACAT

Pengenalan

Elaun Pekerja Cacat telah diperluaskan ke Negeri Sabah bertujuan untuk menambah keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) supaya sama-sama menikmati skim yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Tujuan

  • Sebagai elaun perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan usaha untuk terus bekerja
  • Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU yang bekerja dengan majikan
  • Membantu meningkatkan taraf hidup

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  3. OKU yang bekerja
  4. Berpendapatan tidak lebih dari RM1,200.00 sebulan

Dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Salinan Surat Nikah / Kahwin jika sudah berkahwin
  3. Salinan Kad Kenal Diri OKU yang telah disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian (PPB) atau Pegawai Kebajikan Daerah (PKD)
  4. Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank
  5. Surat pengesahan daripada majikan
  6. Salinan slip gaji

Tempoh kelulusan:

Tempoh kelulusan EPC hanyalah 12 bulan dan setiap pemohon perlu membuat semula permohonan 3 bulan sebelum tamat tempoh.

Cara Memohon:

  1. Pemohonan bolehlah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang terdekat.
  2. Kemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  3. Siasatan dan proses selanjutnya dilakukan Pegawai Kebajikan yang berkenaan

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2