default_mobilelogo

logologo

KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

Latar Belakang

Bahagian Perkhidmatan Kaunseling telah diwujudkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1 April 1998 berikutan dari penyusunan semula Jabatan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)253/2/17-6Klt.5(874) bertarikh 26 Mac 1998.Bahagian ini diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998(Akta 580). Peringkat awal 2 tahun pertama pelaksanaan Akta.

 

Objektif

 

Menentu atau memastikan kumpulan sasar perkhidmatan yang abnormal atau yang mengalami masalah emosi,mental atau tingkah laku dipulihkan menjadi normal atau berfungsi dan dapat terus hidup dengan lebih bermakna,produktif dan sejahtera melalui perkhidmatan kaunseling yang cekap,berkesan dan profesional.

 

Matlamat

 

Berperanan melaksanakan dan memantau perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan penilaian psikologi yang diberikan tercapai matlamatnya.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

 

Menyediakan perkhidmatan kaunseling komuniti dan kaunseling institusi
Menyediakan perkhidmatan program bengkel interaktif
Menyediakan perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan psikologi
Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling serta tahap profesionalisme kaunselor jabatan
Menjalankan perkhidmatan telekhidmat
Khidmat perunding kepada panel kaunselor

 

 Cara Mendapatkan Khidmat Kaunseling


Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling : -
Datang ke pejabat
Telefon
surat
faks
E - mail
rujukan

 

Senarai Panel Kaunselor Negeri Sabah

Panel kaunselor Ibu Pejabat

Panel Kaunselor Sabah

 

Senarai Kaunselor Negeri Sabah 

Ibu Pejabat JPKA Sabah
1. Puan Flearence Ariffin - Kaunselor

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2