default_mobilelogo

logologo

ORGANISASI KOMUNITI

Program Organisasi Komuniti

  1. Program Organisasi Komuniti merupakan satu jenis kerja sosial yang didapati sesuai digunakan untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan. Program ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosio ekonomi yang dialami.
  2. Pelaksanaan Program Organisasi Komuniti bukan hanya terhad kepada inisiatif kumpulan sasar tetapi memerlukan inisiatif Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Tujuan Pelaksanaan Program Organisasi Komuniti

  1. Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.
  2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.
  3. Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.

Objektif Program Organisasi Komuniti

  1. Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti
  2. Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat
  3. Menggalakkan penglibatan secara demokrasi
  4. Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”
  5. Mewujudkan masyarakat penyayang
  6. Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya

Jenis-jenis Program Organisasi Komuniti

  1. Projek ekonomi
  2. Program pendidikan sosial
  3. Program latihan kemahiran
  4. Program khidmat masyarakat
  5. Program pendidikan kerohanian

Kumpulan Sasar

  1. Klien Jabatan
  2. Bekas pelatih atau penghuni institusi Jabatan

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2