default_mobilelogo

logologo

PEMBERIAN GERAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN

PEMBANGUNAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK)

Selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara untuk memupuk masyarakat penyayang, Jabatan menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat bagi memberi perkhidmatan kepada golongan bermasalah dan yang kurang bernasib baik melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan. Perkhidmatan Kebajikan menjadi satu tanggungjawab bersama di antara Kerajaan dan masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan sebagai galakan dan sokongan kepada mereka yang bergadingan bahu dengan Kerajaan dalam memenuhi keperluan sosial negara dengan menyediakan berbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk golongan masyarakat yang memerlukan.

PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK)

TUJUAN

Tujuan pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan adalah untuk menggalakan penglibatan dan penyertaaan masyarakat dalam program dan khidmat kebajikan supaya dapat menokok tambah dan menampung perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.

Dasar Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan disediakan sebagai panduan menentukan syarat kelayakan dan kriteria pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan


SYARAT- SYARAT ASAS KELAYAKAN BAGI PERTIMBANGAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

LAYAK MENERIMA BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang layak diberi pertimbangan Bantuan Kewangan Kerajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:-

i.  Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966, Akta Syarikat      1995 atau undang-undang lain yang berkaitan;

ii.  Pertubuhan bertaraf tempatan;

iii.  Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan;

iv.  Berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian atau undang-undang lain yang berkaitan;

v.  Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung perjalanan program ; dan

vi.  Mempunyai perancangan masa depan untuk menanggung kos pembiayaan program selepas tamat tempoh penerimaan bantuan.


JENIS BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Bantuan kewangan kerajaan terbahagi kepada 8 jenis iaitu:-

  1. Pentadbiran
  2. Rangsum
  3. Elaun Khas Murid Orang Kurang Upaya (OKU)
  4. Elaun Pekerja
  5. Pembaikan
  6. Pengurusan Perkhidmatan
  7. Bengkel Terlindung
  8. Pusat Jagaan Harian Warga Emas


PROSEDUR UNTUK PERTIMBANGAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Semua permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan hendaklah melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk siasatan dan dikemukakan ke peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri bagi sokongan sebelum dikemukakan untuk kelulusan di peringkat Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah dipertimbangkan Bantuan Kewangan Kerajaan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/daerah untuk menduduki Majlis Kerja atau Jawatankuasa kerja Pertubuhan sebagai "ex-officio". Peranan wakil Jabatan adalah untuk memberi khidmat nasihat dan menentukan pengurusan pertubuhan secara keseluruhan dari segi perlaksanaan program dan aktiviti, urusan kewangan dan pentadbiran berjalan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan berkaitan yang ditetapkan.
  1. Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat lawatan naziran, menyemak rekod-rekod kewangan dan membuat siasatan berdasarkan aduan yang diterima.

PERMIT SOKONGAN PEGAWAI DAGANG

Tujuan sokongan pegawai dagang / visa

Sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah diperlukan oleh PSK yang memohon Permit Pegawai Dagang / Visa daripada Jabatan Imigresen, bagi memastikan urusan pengendalian Sokongan Pegawai Dagang / VISA oleh JKM kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan dilaksanakan dengan cekap, teliti, teratur, terancang dan berkesan sama ada di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan , Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pegawai Dagang adalah warganegara asing yang mempunyai kelayakan pengalaman dan kemahiran bidang berkaitan yang diperlukan oleh PSK.

PROSES KERJA SOKONGAN PEGAWAI DAGANG / VISA

  1. Permohonan Sokongan Pegawai Dagang /Visa oleh PSK hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.
  2. Pegawai Penyelaras PK, akan menjalankan penyiasatan terperinci ke PSK yang memohon Sokongan Pegawai Dagang / Visa.
  3. Ulasan oleh Pegawai Penyelaras PK Daerah dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, mengenai Sokongan Pegawai Dagang samaada membuat sokongan berdasarkan siasatan yang dijalankan.
  4. Laporan yang lengkap daripada PKM Daerah hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan mengemukakan ke Ibu Pejabat JKM.
  5. Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri akan memberi ulasan berdasarkan sokongan dari Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan mengemukakan ke Ibu Pejabat JKM.
  6. Pegawai Penyelaras PK, Ibu Pejabat JKM akan menyediakan surat Sokongan Permit Pegawai Dagang Surat yang telah ditandatangani oleh Pengarah PK.
  7. Diserahkan kepada PSK.

SOKONGAN PEGECUALIAN CUKAI

Tujuan sokongan pengecualian cukai

Sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah diperlukan oleh PSK yang memohon Sokongan Pengecualian Cukai daripada Jabatan Hasil dalam Negeri , bagi memastikan urusan pengendalian Sokongan Pengecualian Cukai oleh JKM kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan dilaksanakan dengan cekap, teliti, teratur, terancang dan berkesan sama ada di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengecualian Cukai bermaksud cukai yang dikenakan ke atas pendapatan dari pengajian, perniagaan, diveden, sewa, royaliti, pencen, pendapatan lain yang diterima oleh Individu, Syarikat, Koperasi, Persatuan dan sebagainya pada setiap tahun

PROSES KERJA SOKONGAN PENGECUALIAN CUKAI

  1. Permohonan Sokongan Pengecualian Cukai hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.
  2. Pegawai Penyelaras PK, akan menjalankan siasatan terperinci ke PSK yang memohon Sokongan Pengecualian Cukai.
  3. Pegawai Penyelaras dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah membuat sokongan berdasarkan siasatan yang dijalankan.
  4. Laporan yang lengkap daripada PKM Daerah hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri.
  5. Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri akan memberi ulasan berdasarkan sokongan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan mengemukakan ke Ibu Pejabat JKM.
  6. Pegawai Penyelaras PK, Ibu Pejabat JKM akan menyediakan surat Sokongan Pengecualian Cukai Surat yang telah ditandatangani oleh Pengarah PK.
  7. Serah kepada PSK.

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2