default_mobilelogo

logologo

Pengenalan

Rumah Warga Tua adalah sebuah institusi kebajikan yang memberi penjagaan dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan, tidak mempunyai tempat tinggal, tidak mempunyai anak yang sanggup menyumbang nafkah hidup kepadanya atau kerap kali menjadi punca perselisihan tanggapan dan menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan keluarga. Jabatan ini menawarkan tempat tidur yang selesa kepada penghuni agar penghuni yang tinggal di institusi tersebut merasa seperti rumah mereka sendiri dengan adanya kakitangan yang mesra.

Terdapat 3 buah Rumah Warga Tua (RWT) di seluruh Negeri Sabah yang menempatkan Warga Tua seperti yang berikut:-

  1. RWT Sri Pritchard Kinarut
  2. RWT Sri Harapan Sandakan
  3. RWT Air Panas Tawau

Perkhidmatan dan Aktiviti

Terdapat beberapa aktivi yang telah diperkenalkan di setiap Rumah Warga Tua seperti dibawah. Aktiviti ini diperkenalkan adalah bertujuan supaya penghuni Warga Tua tidak merasa bosan dan menganggap rumah tersebut adalah tempat tinggal mereka.

  1. Penjagaan 24 jam oleh kakitangan bertugas
  2. Bimbingan dan nasihat kepada penghuni yang menghadapi masalah-masalah peribadi
  3. Fisioterapi  seperti di Jabatan Fisioterapi Hospital Besar Tawau dan latihan susulan di dalam asrama.
  4. Penghuni digalakkan untuk membantu melaksanakan kerja-kerja ringan seperti membersihkan asrama, membantu di dapur / dewan makan, bercucuk tanam dan membantu penghuni uzur. Untuk melaksanakan kerja-kerja ini penghuni di beri elaun dibawah “ Prosedur Pembayaran Elaun Kerja Penghuni Rumah Wargatua 2002 ”
  5. Riadah / lawatan luar mengikut kesesuaian masa dengan kerjasama Lembaga Pelawat.
  6. Penghuni diberi kemudahan TV di setiap asrama, Rancangan Astro di Dewan serbaguna, surat khabar dan buku-buku cerita.
  7. Aktiviti rekreasi berbentuk senaman.
  8. Menerima kunjungan daripada masyarakat luar/ agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan sekolah-sekolah.
  9. Melaksanakan tanggungjawab keagamaan masing-masing dengan kerjasama badan-badan agama.

Penghuni

Semasa berada di dalam rumah warga tua, penghuni akan mendapat layanan yang sama rata dan terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun penghuni setiasa diberi dorongan untuk mengoptimumkan potensi diri.

Syarat Kelayakan Memohon Masuk

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah
  2. Berumur 60 tahun ke atas
  3. Tidak ada penempatan untuk menampung kehidupan sendiri oleh kerana tidak sanggup dari segi kemampuan fizikal dan kewangan
  4. Tidak ada tempat tinggal
  5. Tidak ada anak yang mampu dan sanggup menyumbang hidup kepadanya
  6. Tidak mengidap penyakit mental
  7. Boleh mengurus diri sendiri
  8. Tidak ada komplikasi kesihatan

Cara Memohon

  • Permohonan bolehlah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.
  • Siasatan dan proses selanjutnya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian / Daerah yang berdekatan dan Penguasa Rumah Warga Tua yang berkenaan.

Lembaga Pelawat 

Lembaga Pelawat telah ditubuhkan di setiap institusi warga tua untuk membantu jabatan dalam merancang aktiviti-aktiviti sosial dan kesihatan penghuni di setiap rumah warga tua

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2