default_mobilelogo

logologo

SEKRETARIAT DASAR SOSIAL NEGARA

Pengenalan

Dasar Sosial Negara (DSN) merupakan dasar payung bagi semua dasar pembangunan sosial dan memberi panduan bagi pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sosial. Dasar ini diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 Februari 2003 dan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2003. DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.


JENTERA PELAKSANAAN

Jentera pelaksanaan bagi DSN terbahagi kepada tiga (3) peringkat iaitu:

Peringkat Persekutuan

1. Majlis Sosial Negara (MSN)

Pengerusi: YAB Timbalan Perdana Menteri,

Setiausaha: KSU KPWKM

2. Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara

Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara

Setiausaha: KSU KPWKM

3. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian

Pengerusi : KSU KPWKM


Peringkat Negeri

1. Majlis Tindakan Negeri (MTN)

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri membantu Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) menjalankan tugas Urus Setia MTN

2. Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTN)

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri membantu Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) menjalankan tugas Urus Setia JKTN

Peringkat Daerah

1. Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah / Bahagian

Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah membantu Penolong Pegawai Daerah (PPD) Pembangunan menjalankan tugas urus setia JKTD / B

PERANAN PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI

  1. Membantu Pegawai Pembangunan Negeri (urusetia MTN dan JKTN) menyelaras isu-isu sosial peringkat negeri
  2. Meneliti Laporan awal bersama agensi-agensi lain, NGO dan swasta yang berkaitan dan mengenalpasti isu-isu sosial yang dianggap serius di peringkat negeri dan daerah serta program-program pembangunan sosial yang boleh dilaksanakan bagi menangani gejala sosial.
  3. Mengemukakan Laporan Kemajuan setiap suku tahun kepada Mesyuarat MTN dan JKTN
  4. Mengemukakan Laporan Kemajuan setiap suku tahun kepada Bahagian Pembangunan Komuniti, JKM bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan.

PERANAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI / DAERAH

  1. Membantu Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) (urus setia JKTD / B) menyelaras isu-isu sosial peringkat negeri / daerah
  2. Menyediakan Laporan awal bersama agensi-agensi lain, NGO dan swasta yang berkaitan
  3. Mengemukakan Laporan Awal dan Laporan Kemajuan setiap suku tahun kepada Mesyuarat JKTD
  4. Mengemukakan Laporan Awal dan Laporan Kemajuan setiap suku tahun kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
  5. Mengaturkan program / aktiviti Jabatan yang bersesuaian

PELAPORAN BAGI PELAKSANAAN DSN

Terdapat dua jenis laporan yang perlu disediakan dalam pelaksanaan DSN iaitu Laporan Awal dan Laporan Kemajuan bagi setiap suku tahun.

Laporan Awal

a. Disediakan oleh PKMN dan PKMD bagi dibentangkan dalam MTN dan JKTD / B

b. Laporan mengandungi:

  1. Latar belakang mengenai kedudukan isu sosial negeri / daerah berdasarkan kepada statistik masalah sosial
  2. Rancangan pembangunan sosial termasuk program dan aktiviti sosial untuk mengatasi beberapa masalah sosial yang dipercayai sebagai kritikal bagi setiap daerah di negeri berkenaan dan agensi-agensi yang bertanggungjawab melaksanakannya
  3. Matlamat yang ingin dicapai dengan menetapkan indikator-indikator sosial yang jelas

Laporan Kemajuan

  1. Disediakan oleh PKMN dan PKMD bagi dibentangkan dalam MTN dan JKTD / B bagi mengenalpasti program pembangunan sosial dan program menangani masalah sosial yang telah dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah
  2. Tujuan Laporan : bagi menilai keberkesanan program tersebut berdasarkan kepada statistik sosial
  3. Laporan mengandungi :
    1. Kemajuan fisikal pelaksanaan program-program pembangunan sosial oleh agensi-agensi terlibat seperti yang dipersetujui dalam Laporan Awal.
    2. Pencapaian matlamat yang telah ditetapkan dengan menggunakan indikator sosial yang telah ditetapkan dalam Laporan Awal.
    3. Data bersesuaian bagi tujuan perbandingan antara negeri dan daerah.
    4. Keberkesanan program yang telah dilaksanakan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan serta tindakan yang perlu diambil bagi penambahbaikan.
    5. Kenalpasti matlamat baru yang ingin dicapai.

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2