default_mobilelogo

logologo

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP SERVICES)

PENGENALAN

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan.

Pelaksanaan program ini merupakan lanjutan daripada ROK-ASEAN (Republic of Korea-ASEAN) Summit Conference (10+1) yang diadakan di Manila pada bulan November 1999. Di mana, Presiden Republik Korea mengumumkan untuk menjalankan projek untuk warga emas sebagai salah satu daripada lima (5) keutamaan. Susulan daripada itu, Help Age Korea sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Help Age Internationaltelah menganjurkan Regional ROK-ASEAN Cooperation Project berdasar kepada pengalaman kejayaan dalam membangunkan dan memperluaskan program volunteer based home care bagi warga emas yang dijalankan di Korea. Dengan menggunakan pengalaman Help Age Korea dan sokongan daripada Kerajaan Korea melalui ROK-ASEAN Co-operation Fund, program regional home-care telah dimulakan pada buan April 2003. Kementerian yang bertangungjawab kepada bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat di Negara ASEAN.

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2