default_mobilelogo

logologo

Pusat Jagaan

PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN

PENGENALAN

1.       Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]  digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan, dan keselamatan penghuni daripada kumpulan sasar tentu.

2.       Menurut Seksyen 2 Akta 506, “Jagaan” adalah termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan.  Manakala “Pusat Jagaan” pula bermaksud pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian.

3.       “Pusat Jagaan Derdaftar” merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Seksyen 6 Akta 506. Di bawah Seksyen 5 (1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah  Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

KATEGORI  PUSAT JAGAAN

4.       Pusat Jagaan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  1. Pusat Jagaan Harian
  •                  Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada menerima upah atau selainnya.
  1. Pusat Jagaan Berkediaman
    • Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni didalamnya, sama ada menerima upah atau selainnya

5.       Seseorang yang merupakan saudara samada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang tidak dikira dalam menentukan bilangan penghuni di sesebuah pusat jagaan. Contohnya, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara atau anak saudara.

SYARAT-SYARAT PENUBUHAN

6.       Syarat-syarat penubuhan pusat jagaan  adalah seperti berikut:

  1. berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);
  1. memenuhi standard minimum JKM; dan
  1. mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
  •                  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  •                  Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  •                  Jabatan Kesihatan; dan
  •                  Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)

STANDARD MINIMUM JKM

7.       Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. nisbah penjaga dengan penghuni :
  •                  Kanak-kanak / Remaja

                                                    i.     Di bawah 4 tahun = 1 : 5

                                                   ii.     4 hingga 10 tahun = 1 : 18

                                                 iii.     10 tahun ke atas = 1 : 18

  •                  Orang Kurang Upaya ( OKU )

                                                    i.     OKU = 1 : 10

                                                   ii.     OKU teruk / terlantar = 1 : 4

  •             Warga emas

                                                  i.     Warga emas = 1 : 18

                                       ii.     Warga emas berpenyakit / terlantar = 1 : 4

  1. penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
  1. mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
  •        Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah 3.5 meter persegi
  •        Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;
  1. menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
  1. pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
  1. menyedia dan menyerenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
  1. menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN

8.       Prosedur permohonan pendaftaran pusat jagaan adalah seperti berikut:

  1. permohonan pendaftaran dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan;
  1. borang permohonan pendaftaran pusat jagaan boleh diperolehi secara percuma di mana-mana PKMD yang berhampiran;
  1. permohonan pendaftaran pusat jagaan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja;
  1. Sijil Perakuan Pendaftaran pusat jagaan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan;
  1. bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00

KURSUS PUSAT  JAGAAN 

9.       Seseorang pengendali dan penjaga yang dilantik di suatu pusat jagaan hendaklah  terlatih dalam bidang  jagaan  atau mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam penjagaan penghuni yang diterima.

TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL

10.     Mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar atau pusat jagaan yang berdaftar tetapi tidak mematuhi standard minimum JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Didakwa di mahkamah dan boleh:
    • didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya;
    • bagi sesuatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan dikenakan denda harian tidak melebihi RM1000.00 bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan;
  1. Pembatalan pendaftaran pusat jagaan
  2. Kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  3. Arahan bertulis Ketua Pengarah
  4. Perintah tutup sementara pusat jagaan berdaftar
  5. Lak (seal) pusat jagaan tidak berdaftar

RUJUKAN

  • Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] 
  • Akta  Pusat Jagaan (Pindaan) 2007 [Akta A1292] 
  • Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994
  • Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011

Pautan

jkm2 kpwkmNEW jpw lppkn2 ISM2