Visi, Misi & Objektif

Visi

Ke arah Pendayaupayaan Individu,
Keluarga dan Masyarakat

Misi

Mempertingkatkan Kesejahteraan dan
Pembangunan Masyarakat

Objektif

  • Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
  • Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu melalui perkongsian tanggungjawab dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari

Strategi

  • Memudahkan proses kerja perkhidmatan jabatan yang diberikan dengan cepat, cekap dan berkesan
  • Memastikan aspek sosial diintegrasikan dalam perancangan dan pelaksanaan program ke arah mencapai pembangunan sosial ekonomi yang seimbang
  • Mempertingkatkan keupayaan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program-program pembangunan sosial di peringkat negeri
  • Mempertingkatkan perkongsian bijak melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
  • Memantap dan mengerakkan organisasi diperingkat akar umbi
  • Menguruskan pelaksanaan perkhidmatan melalui penggunaan sumber-sumber termasuk sumber manusia, teknologi maklumat dan pengurusan kewangan yang cekap, berhemah dan beramanah
  • Menggalakkan penyertaan kesukarelaan di kalangan individu, sektor korporat dan badan bukan kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan komuniti.
PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |