Bantuan Warga Emas

KADAR
RM500 sebulan seorang.

TUJUAN
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
4.Warga emas yang bukan tinggal di :

Institusi kendalian JKM;

ATAU

Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;

ATAU

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |