Orang Kurang Upaya (OKU)

Pengenalan

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekataan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah sahaja.

Objektif

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di Negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.
  • Permohonan secara online.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. 1 salinan Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pemohon ( perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  2. 1 salinan MyKad Ibu / Bapa pemohon ( perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  3. Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya (0-18 Tahun BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma
  4. Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya (18 Tahun ke atas) BPOKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma.
  5. Siasatan dan tindakan lanjut dilakukan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian/Daerah yang berkenaan.
PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |