Orang Papa

Definisi Orang Papa

Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Pemulihan Orang Papa

Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa di bawah Akta Orang Papa 1977. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad-hoc sentiasa melakukan operasi bagi menyelamat orang papa yang terdiri daripada pengemis dan kutu rayau.

Akta Berkaitan

  • Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)
  • Institusi Berkaitan:

    Desa Bina Diri (DBD):

    Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa.
    Orang papa yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui:
    perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977
    secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana orang papa itu tinggal.
    Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |