Perkhidmatan Pusat Jagaan

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (AKTA 506)

Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukkan bagi pendaftaran dan penguatkuasaan ke atas Pusat Jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni diutamakan.

DEFINISI PUSAT JAGAAN

Menurut Seksyen 2 Akta 506 "jagaan" adalah termasuk perlindungan, Pengawasan, Pemulihandan latihan. Manakala "Pusat Jagaan" pula bermaksud pusat jagaan berkediaman pusat jagaan harian.

DEFINISI PUSAT JAGAAN BERDAFTAR

"Pusat Jagaan Berdaftar" merupakan suatu pusat jagaan yang berdaftar di bawah, Seksyen 6 Akta 506. Di Bawah Seksyen 5 (1), tiada seorang pun boleh menjalankan, atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

KATEGORI PUSAT JAGAAN

  1. Pusat Jagaan Harian

Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untukjagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada menerima upah atau tidak.

 

  1. Pusat Jagaan Berkediaman

 

Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni didalamnya, sama ada menerima upah atau selainnya
 

SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PUSAT JAGAAN

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS). (DI KECUALIKAN BAGI NEGERI SABAH)

 

  1. Memenuhi standard minimum JKM iaitu :
  1. Nisbah penjaga dengan penghuni :

    Kategori

    Peringkat

    Nisbah

    Kanak-Kanak / Remaja

     

    4 tahun ke bawah

     

    1 : 5

     

    4 hingga 10 tahun

     

    1 : 18

     

    10 tahun ke atas

     

    1 : 18

     

    Orang Kurang Upaya (OKU)

     

     

    OKU Biasa

     

    1 : 10

     

    OKU teruk / terlantar

     

    1 : 4

    Warga Emas

     

    Warga Emas biasa

     

    1 : 18

     

    Warga emas berpenyakit / terlantar

     



    1: 4

  2. Penjaga warganegara atau bukan warganegara mestilah berumur 18 tahun ke atas;
  3. Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
    1. Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;
    2. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah 3.5 meter persegi
  1. Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
  2. Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
  3.  Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
  4. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.

 

    3. Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:-

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan
  • Jabatan Kesihatan.

 

4.Permohonan pendaftaran dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah yang berkenaan. 

 

Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |