11 Mac 2023 - YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Town Hall bersama Pelindung dan Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Pemeliharaan dan Perlindungan Kanak-Kanak.
Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Pemeliharaan dan Perlindungan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesesuaian penempatan kanak-kanak di bawah ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai (OYLS).
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Norazman bin Othman, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Penyelaras Kanak-Kanak Negeri dan Pelindung Negeri Sabah.