Perutusan CIO

 

( JAIS ASRI )

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Para pengunjung yang budiman,

Kami komited untuk berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan jabatan ke tahap terbaik. Usaha-usaha untuk memberi penjelasan tentang produk-produk semasa jabatan sentiasa diadakan bagi tujuan memudahkan jabatan ini menyantuni masyarakat secara meluas. Namun demikian masih banyak ruang dan platform yang boleh dimanfaatkan untuk memudahkan masyarakat menerima maklumat dan akses capaian kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

Inisiatif jabatan dengan membuka permohonan secara dalam talian melalui laman web ini untuk perkhidmatan; permohonan bantuan kebajikan (Tapisan kelayakan), permohonan masuk ke Institusi Kebajikan ( Rumah Warga Tua, Taman Didikan Kanak-Kanak OKU dan Pusat Latihan OKU ) merupakan langkah pro-aktif yang bertujuan mendekatkan lagi perkhidmatan jabatan kepada anggota masyarakat.

Saya sangat mengalu-alukan para pengunjung yang budiman untuk sama-sama memberi sumbangsaran yang membina supaya laman web ini menjadi lebih informatif dan memberi manfaat yang lebih meluas untuk kepentingan masyarakat di Negeri Sabah.

 

“ Bersama menyumbang untuk kebajikan ”

 

Wassalam.


PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |