TASKA / Pusat Jagaan

PENGENALAN

Klik info dibawah:

KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

TASKA Di Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
TASKA Di Tempat Kerja
TASKA Komuniti
TASKA Di Rumah
Syarat-Syarat Pendaftaran
  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
  2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
Langkah Mempermudahkan Pendaftaran
Standard Minimum JKM
Prosedur Permohonan Pendaftaran Taska
Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil
Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Institusi Sektor Swasta
Kriteria kelayakan

BANTUAN KHAS KANAK-KANAK TASKA SWASTA

Kerajaan telah menyediakan Bantuan Khas bagi kanak-kanak yang dihantar ke TASKA swasta. Bantuan Khas “one off” sebanyak RM100 seorang kanak-kanak ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa/penjaga membuat persiapan keperluan bagi menghantar kanka-kanak ke TASKA swasta. Pada masa yang sama menggalakkan pengusaha TASKA swasta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Syarat kelayakan

(i) Tiada syarat kelayakan pendapatan ibu bapa/penjaga
(ii) Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun
(iii) Berada di TASKA berdaftar dengan JKM
Cara memohon:
(i) Ibu bapa/penjaga melengkapkan Borang Permohonan
(ii) Pengusaha TASKA melengkapi maklumat kanak-kanak dalam SMPK.
SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM
Dalam Dasar Bajet 2014, Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA berdaftar dengan JKM.
Kadar subsidi yang diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
[Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008].

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Tempat Kerja Sektor Swasta

TASKA KOMUNITI (TASKA PENYAYANG 1MALAYSIA)

TASKA Komuniti adalah untuk menyediakan peluang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, khususnya bagi keluarga yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar.
Konsep TASKA Komuniti 1Malaysia telah diumukan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Oktober 2010 adalah berteraskan setiap kanak-kanak di Malaysia perlu mendapat pendedahan awal mengenai norma, budaya, kepercayaan, bahasa dan sifat menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian nilai etnik di Malaysia boleh diterapkan kepada kanak-kanak sejak awal usia agar perpaduan dapat diperkukuhkan lagi. Peningkatan nilai 1Malaysia akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara.
Untuk menyokong penubuhan TASKA Komuniti 1Malaysia, JKM menyediakan Geran Penubuhan sebanyak RM55,000.00 sekaligus kepada pengusaha yang layak dan geran operasi sebanyak RM64,000.00 setahun tertakluk kepada bilangan 30 orang kanak-kanak yang layak menerima subsidi (pendapatan keluarga di bandar seisi rumah RM2,000.00 dan di luar bandar RM1,200.00).

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |