Bantuan Kanak-Kanak

KADAR

Minimum RM500 Sebulan Sehingga Maksimum RM1000 Sebulan

TUJUAN

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau
    membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat
    terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa
    menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut
    peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang
    terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk
    kasih sayang dan perhatian.


KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan
    pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
    Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita
    Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18
    tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat
    menengah atas;
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
    kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |