Perutusan Pengarah

( JAIS BIN ASRI )

Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jabatan Pekhidmatan Kebajikan Am (JPKAS), memasuki abad baharu 2020 dengan keazaman untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua anggota masyarakat.

 

Usaha untuk memudahkan urusan perkhidmatan jabatan dengan lebih telus dan berintegriti menjadi fokus keutamaan dalam menyampaikan perkhidmatan. Pendekatan secara perkongsian maklumat dan kemudahcapaian perkhidmatan melalui laman web dijangka memberikan keselesaan kepada anggota masyarakat untuk berhubung dengan jabatan tanpa sekatan jarak, masa dan lokasi.

 

Saya berharap agar wajah baru laman web rasmi ini dapat memberikan dimensi baharu perkhidmatan jabatan dan memberi pilihan terbaik kepada pengguna mendapatkan perkhidmatan JPKAS. 


“ Bersama menyumbang untuk kebajikan ”


Wassalam

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2024 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |