Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM)

Pengenalan

Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ialah satu bahagian baru yang ditubuhkan pada 1 Februari 2007 susulan daripada Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) telah dibentuk oleh Parlimen untuk mengkaji semula dan Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan di Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274].

KUMPULAN SASAR

Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan dibawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat

Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.

2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :

v 3. Hukuman-melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.

v 4. Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda

v 5. Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

TEMPAT PESALAH MUDA BOLEH MENJALANI PROGRAM PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
47 buah institusi telah dikenalpasti.

nnmn

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA MENJALANI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |