Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK)
 
JENIS- JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN

  1. GERAN PENTADBIRAN

Bantuan bagi menampung kos pentadbiran PSKKebangsaan dan Negeriseperti sewaan premis, utiliti dan saguhati sukarelawan (bahagian pentadbiran).

  1. GERAN RANGSUM

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaanmakan dan minumpenghuni.

  1. GERAN PEMBAIKAN

Bantuan yang diberikan kepada PSK untuk membaik pulih premis yang menjejaskan perjalanan pentadbiran dan aktiviti PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian dan Berkediaman.

  1. ELAUN KHAS MURID OKU

Bantuan bulanan yang diberikan kepada  OKU yang mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kelolaan PSK dengan syarat-syarat berikut:

  • OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  • Mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari  Jabatan Pelajaran Malaysia;
  • Mengikuti program pemulihan OKU sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan 3 kali seminggu;
  • OKU berumur tidak lebih dari 19 tahun; dan
  • OKU yang hadir program akademik, ADL, terapi, intervensi awal, vokasional, pemulihan anggota, carakerja dan latihan transisi.

 
Berikut adalah prosedur bagi permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK:
a.         BORANG PERMOHONAN

  Permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK perlu di buat oleh PSK dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Kewangan kepada PSK (JKM/PK/PSK1/2013) (Klik Untuk Muat Turun Borang)

b.         DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERTIMBANGAN BANTUAN GERAN

  Dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan bantuan geran adalah seperti berikut:

  1. Penyata Kewangan Beraudit bagi satu tahun sebelumnya yang diaudit oleh Juruaudit Bertauliah;
  2. Salinan Penyata  Bank terkini bagi akauan yang dibuka untuk bantuan kewangan kerajaan;
  • Salinan Laporan Kewangan yang terperinci termasuk debit dan kredit bagi perbelanjaan Bantuan Kewangan Kerajaan yang diterima pada tahun sebelum;
  1. Anggaran perbelanjaan bagi tahun semasa;
  2. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Sijil Pendaftaran dengan Undang-Undang Tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  3. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Memorandum Of Articles (MOA) yang disahkan Pendaftar Pertubuhan/ SSM;
  • Laporan aktiviti dan program (bertulis dan bergambar) yang dijalankan;
  • Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993;
  1. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Pelajaran bagi PSK yang mengendalikan Sekolah Pendidikan Khas;
  2. Senarai Maklumat penghuni bagi PSK yang menyediakan Pusat Jagaan Berkediaman;
  3. Senarai maklumat pelatih yang datang secara harian;
  • Jadual operasi bagi Pusat Jagaan Harian;
  • Rekod kehadiran pelatih bagi PSK yang menyediakan Pusat Jagaan Harian dan Sekolah Pendidikan Khas;
  • Maklumat sukarelawan;
  1. Laporan kerosakan bergambar berkaitan premis (bagi permohonan geran pembaikan;
  • Sebutharga pembaikan yang dikeluarkan oleh Agensi teknikal kerajaan atau kontraktor yang dilantik oleh agensi teknikal kerajaan;
  • Bukti pemulangan wang baki atau lebihan geran
  • Salinan dokumen yang membuktikan premis milik PSK atau disewa; dan
  • Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan mengikut jenis Bantuan Kewangan Kerajaan

BORANG PERMOHONAN (SETELAH LENGKAP DIHANTAR KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BERHAMPIRAN)

 

Download Borang Permohonan Sini

 

Persatuan Rumah Amal dan Perkhidmatan Cheshire Sabah (OKU)

(Sabah Cheshire Home and services),
Jalan Vokasional, KM5,
Off Jalan Tuaran, Likas,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah.

Tel : 08-8438202

Faks : 08-8434570

Emel : N/A

Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah (OKU)

Kompleks Wargatua Sri Harapan,
Batu 5 Jalan Sibuga,
90000 Sandakan,
Sabah.

Tel : 089-227716

Faks : N/A

Emel : sabahcheshirehomekan@gmail.com

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |