Bantuan OKU Tidak Bekerja

KADAR
RM250 seorang sebulan.
           


TUJUAN
Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.


KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni / pelatih:
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan   Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

ATAU

  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen / PERKESO / bantuan dan lain-lain

 

Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |