Warga Emas

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help)

Khidmat Bantu Di Rumah merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.

Program ini merupakan perkhidmatan yang bercorak pendampingan sosial (social outreach) kepada warga emas yang mana pekerja kes pergi ke rumah warga emas tanpa perlu menunggu mereka mendekati pekerja kes untuk memohon pertolongan.

Pekerja kes yang melaksanakan program ini adalah dalam kalangan sukarelawan yang dilatih dan melaksanakan tugas mereka berdasar konsep dan prinsip kesukarelaan.

Khidmat bantu di rumah ini juga merupakan program yang berkonsepkan kebajikan sebagai tanggungjawab bersama yang mana penglibatan semua pihak diperlukan untuk menjayakannya.

Program Khidmat Bantu Di Rumah adalah amat diperlukan oleh warga emas bertujuan untuk:-

  • Memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan;
  • Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang tergolong sebagai warga emas;
  • Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas atau keluarga yang menjaga warga emas selaras dengan konsep masyarakat penyayang; dan
  • Menggalakkan warga emas terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.
This image for Image Layouts addon

Perkhidmatan Warga Emas
Definisi Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

 

Hari Warga Emas Kebangsaan

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan.

Pusat Aktiviti Warga Emas

Perkhidmatan Warga Emas

Perkhidmatan Luar

Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
  • Pusat Aktiviti Warga Emas
  • Unit Penyayang Warga Emas
  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti
Bantuan Alat Tiruan
Perkhidmatan Institusi
Syarat Kelayakan Bantuan
Cara Pemohonan
Dokumen Sokongan

Akta Berkaitan:

  • Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
  • Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Dasar / Pelan Yang Berkaitan:

  • Dasar Warga Emas Negara
  • Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara

Kaedah Berkaitan:

  • Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
  • Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
  • Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978
PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |