Sekolah Tunas Bakti (STB)

Pengenalan

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001

Objektif

  • Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
  • Mendidik kanak-kanak membina sikap  positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat

Kategori Kanak-Kanak

  • Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Sekolah Diluluskan,
  • Berusia sepuluh tahun ke atas,
  • Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan,
  • Ibu atau bapa atau penjaga tidak lagi dapat menjalankan atau tidak berupaya untuk menjalankan apa-apa kawalan yang sepatutnya,
  • Memerlukan pemulihan keinstitusian, dan
  • Kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius tetapi suai manfaat ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlak

Kemasukan

  • Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 91(1)(f) atau Seksyen 46 Akta Kanak-Kanak 2001
     
    TEMPOH PEMULIHAN
    Selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan kelulusan Kuasa Menteri atau Lembaga Pelawat.

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |