Desa Bina Diri (DBD)
Pengenalan
Desa Bina Diri (DBD) ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa bagi melahirkan individu yang produktif dan berkemahiran ke arah perubahan sikap yang positif untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
Objektif penubuhan DBD adalah seperti berikut :
- Memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan papa.
- Melatih penghuni supaya dapat menyesuaikan diri dan dapat di intergrasikan semula ke dalam masyarakat.
- Melengkapkan diri dengan asas pembelajaran dan kemahiran.
Terdapat lima (5) buah DBD di bawah JKM.
- DBD Mersing, Johor
- DBD Jerantut, Pahang
- DBD Kuching, Sarawak
- DBD Kota Kinabalu, Sabah
- Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh, Selangor
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 - 59 tahun
- Tiada keluarga
- Tiada pendapatan
- Tidak menghidap penyakit berjangkit
Kaedah Kemasukan
i) Sukarela
Permohonan kemasukan diproses mengikut kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
ii) Perintah Mahkamah
Kemasukan adalah atas perintah Mahkamah mengikut Peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977
PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.