Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help)

Konsep

  1. Khidmat Bantu Di Rumah merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada Warga Emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.
  2. Program ini merupakan perkhidmatan yang bercorak pendampingan sosial (social outreach) kepada Warga  Emas dan OKU yang mana pekerja kes pergi ke rumah Warga Emas dan OKU tanpa perlu menunggu mereka  mendekati  pekerja kes untuk memohon pertolongan.
  3. Pekerja kes yang melaksanakan program ini adalah  di  kalangan Sukarelawan Kebajikan yang dilatih dan  melaksanakan tugas mereka berdasarkan konsep dan prinsip kesukarelaan.
  4. Khidmat Bantu Di Rumah ini juga merupakan program yang berkonsepkan kebajikan sebagai tanggungjawab bersama yang mana penglibatan semua pihak diperlukan untuk menjayakannya.

Objektif Program

    1. Memberi bantuan dan sokongan kepada Warga Emas dan Orang Kurang Upaya menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.
    2. Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga Warga Emas dan Orang Kurang Upaya yang keseorangan supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga.
    3.  Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu  Warga Emas dan Orang Kurang Upaya yang keseorangan dengan konsep masyarakat penyayang.
    4.  Menggalakkan Warga Emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.
    5.  Memperluaskan peranan jentera Sukarelawan Kebajikan untuk membantu Warga Emas dan OKU yang tinggal keseorangan dan memerlukan khidmat sokongan.

PEMILIHAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN

  • Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

    • Berusia 18 tahun ke atas; 
    • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu;
    • Kesediaan dan minat bekerja dengan Warga Emas dan OKU;
    • Sihat fizikal dan mental; dan
    • Mempunyai latar belakang yang bebas daripada sabitan kes jenayah
     

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SUKARELAWAN KEBAJIKAN

  • Sukarelawan Kebajikan berperanan dan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut : 

    1. Melawat Warga Emas dan OKU yang telah dikenal pasti sekurang-kurangnya sekali lawatan dalam seminggu dan selama sekurang-kurangnya lapan jam pada setiap bulan bagi seorang Warga Emas atau OKU;
    2. Menyediakan dan mengemukakan laporan berkaitan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah;
    3. Menghadiri latihan yang ditetapkan;
    4. Menghadiri mesyuarat dan persidangan kes apabila diperlukan; dan
    5. Berkongsi pengalaman di kalangan Sukarelawan Kebajikan

AKTIVITI

  1. Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan Kebajikan adalah seperti berikut ( mengikut keperluan ) :

    1. Menyediakan makanan dan minuman;
    2. Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku)
    3. Menjadi rakan berbual;
    4. Menjalankan aktiviti riadah;
    5. Mengemas atau membersihkan tempat tinggal ;
    6. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;
    7. Mengeluarkan wang dari Bank;
    8. Membuat pembayaran bil;
    9. Membeli keperluan harian;
    10. Memberikan perkhidmatan fisioterapi
    11. Memberi khidmat kaunseling
    12. Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
    13. Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat
    14. Membawa ke hospital /klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;
    15. Mengajar Warga Emas/ OKU/penjaga mengambil  ubat
    16. Menemani Warga Emas/OKU ke tempat beribadat; dan
    17. Bantuan-bantuan lain yang dirasakan perlu
PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |