Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar
RM400 sebulan seorang.
TUJUAN
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM