ORGANISASI KOMUNITI PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL

Definisi PDK

Satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat
Tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas
Dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina
Ciri-Ciri PDK

Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan
Ibu bapa/ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting
Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan rumah
Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada
Konsep

Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti
Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Aktiviti

Kemahiran motor kasar
Perkembangan bahasa
Perkembangan sosial
Pengurusan diri
Pra menulis, membaca, mengira dan melukis
Kreativiti dan retorik
Kemahiran Vokasional
Sukan Special Olympics

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |