Kaunseling Dan Psikologi

Latar Belakang

Bahagian Perkhidmatan Kaunseling telah diwujudkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1 April 1998 berikutan dari penyusunan semula Jabatan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)253/2/17-6Klt.5(874) bertarikh 26 Mac 1998.Bahagian ini diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998(Akta 580). Peringkat awal 2 tahun pertama pelaksanaan Akta.

Objektif

Menentu atau memastikan kumpulan sasar perkhidmatan yang abnormal atau yang mengalami masalah emosi,mental atau tingkah laku dipulihkan menjadi normal atau berfungsi dan dapat terus hidup dengan lebih bermakna,produktif dan sejahtera melalui perkhidmatan kaunseling yang cekap,berkesan dan profesional.

Matlamat

Berperanan melaksanakan dan memantau perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan penilaian psikologi yang diberikan tercapai matlamatnya.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling komuniti dan kaunseling institusi
  • Menyediakan perkhidmatan program bengkel interaktif
  • Menyediakan perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan psikologi
  • Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling serta tahap profesionalisme kaunselor jabatan
  • Menjalankan perkhidmatan telekhidmat
  • Khidmat perunding kepada panel kaunselor

Cara Mendapatkan Khidmat Kaunseling

Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling : -
Datang ke pejabat
Telefon
surat
faks
E - mail
rujukan

Senarai Panel Kaunselor Negeri Sabah

  • Panel kaunselor Ibu Pejabat
  • Panel Kaunselor Sabah

Senarai Kaunselor Negeri Sabah

Ibu Pejabat JPKA Sabah
1. Puan Flearence Ariffin - Kaunselor

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Hakcipta © 2022 Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. | Designed by Pusat ICT Sabah |