Taman Seri Puteri (TSP)
Pengenalan
Taman Seri Puteri adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001.
Objektif
Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.
Kategori Kanak-Kanak
- Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat Perlindungan,
- Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual,
- Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira,
- Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran,
- Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan perlindungan segera;
- Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah,
- Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain,
- Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti maksud di atas, atau
- Hamil anak luar nikah
Kemasukan
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 40(3)(a) atau Seksyen 46 atau memohon sendiri di bawah Subseksyen 41(1) Akta Kanak-Kanak 2001
TEMPOH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN
Selama tempoh tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan Kuasa Menteri atau kelulusan Lembaga Pelawat atau dengan memind